"Bidang kuasa TPS dihadkan kepada suatu tuntutan untuk mendengar dan menentukan apa-apa tuntutan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Keempat dalam Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] dan jika jumlah keseluruhan yang berkenaan dengannya suatu award Tribunal diminta tidak melebihi RM250,000.00 atau apa-apa jumlah lain sebagaimana yang ditetapkan untuk menggantikan jumlah keseluruhan itu."